Zulham and Salina's Photoblog - - Fotopages.com
Datin Sal
Kenduri kahwin!
04/07/2008 5:53pm
Oleh ROZILAN SALLEH
SHAH ALAM 4 Julai – Dewan Pemuda Pas Selangor bersetuju dengan cadangan meminta Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan yang kedua-duanya dikaitkan dengan kes liwat, supaya 'bermuhabalah' atau bersumpah.
Ketuanya, Sallehen Mukhyi berkata, dengan bersumpah yang bermaksud menyerahkan kepada Allah, masalah yang berkaitan dakwaan liwat itu boleh diselesaikan dari segi peribadi.
"Dalam Islam, cara penyelesaian sesuatu isu seperti isu ini bukan susah, soalnya isu ini tidak boleh dipolitikkan, oleh itu sumpah kedua-duanya (Anwar dan Mohd. Saiful) merupakan sebagai penyelesaian masalah ini," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Semalam, Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin meminta Anwar dan Mohd. Saiful 'bermubahalah' atau bersumpah setelah isu liwat itu kini sudah menjadi semakin rumit dan rakyat pula menjadi keliru sehingga berbalah dan bertengkar sesama sendiri.
Menurut Mohd. Asri, kedua-duanya perlu bersumpah dengan melafazkan : "Jika dia tidak melakukan kepada saya, laknat Allah kepada saya, jika saya melakukannya, laknat Allah kepada saya." - Utusan.
Komen.
Sekarang ramai sedang memerhati gelagat DSAI.Desakan supaya kedua-dua pihak bersumpah untuk membuktikan diri masing2 tidak bersalah juga semakin meningkat.Dakwaan DSAI dirinya menjadi ancaman bunuh setelah laporan liwat keatas dirinya di buat telah meragukan ramai pihak sedangkan sebelum ini DSAI bebas untuk pergi kemana sahaja di Malaysia.
Nampaknya DSAI begitu mengelabah dengan dakwaan liwat kali ini, masakan tidak DSAI sanggup "menerima" jemputan daripada kedutaan turki untuk memberi perlindungan daripada "ancaman" yang diterima oleh dirinya.
Diharap pada kali ini, DSAI tidak lagi berlakon dan berdolak dalik untuk menghadapi dakwaan liwat ini.Jika DSAI selalu  (dulu kini dan selamanya) mendakwa mempunyai pelbagai bukti kesalahan untuk "menjatuhkan" ahli politik lain sekarang tiba masanya dia menunjukkan bukti untuk dirinya tidak bersalah dan jangan asyik menunding dakwaan liwat ini adalah konspirasi untuk "menjatukan" karier politik dirinya pula.
Jika tidak bersalah buat apa untuk berasa takut dan berharap DSAI tidak terlalu yakin dengan "merajuk" kepada orang luar (terutama yang memusuhi Islam) dapat menyelamatkan diri nya.Rakyat Malaysia sekarang sudah banyak berubah, tidak lagi dengan hanya mendengar ceramah dengan semangat berkobar-kobar mampu untuk "menyuruh" rakyat malaysia menyokong diri nya dengan "melakukan apa sahaja" untuk diri nya.
Walaupun melayu mudah "dijinakkan" dengan hanya sekadar "mendendangkan ceramah"  kepada mereka tetapi diharapkan melayu sekarang bijak menggunakan akal dan fikiran mereka untuk menentukan hala tuju bangsa mereka selepas ini.
Keputusan yang dibuat dengan menggunakan emosi tidak akan dapat membantu kita mencari jalan penyelesaian yang terbaik malahan akan membawa bala bencana yang dasyat kepada bangsa dan negara kita secara am nya.Pikir-pikirkan lahh..
Zulham
http://www.secondview.gallery.mutiarashinju.com/halaldaily.html(
http://www.mutiarashinju.com(
http://www.secondview.gallery.mutiarashinju.com(
penat
satu hari ni asyik amik gambar wedding fahmi jek..kitorang ada upload gambar kahwin diorang dalam sebelum entry nih..tuan empunya pun tak sabar nak tengok gambar majlis diorang so kitorang just masukkan je gambar asal(tanpa edit)..gambar ada banyak tapi takpelah lain kali kitorang akan upload lagi.
so kepada Fahmi & Rehan, selamat pengantin baru dan semoga berkekalan hingga ke anak cucu..
have a nice day!
Zulham & Salina
http://www.secondview.gallery.mutiarashinju.com/halaldaily.html(
http://www.mutiarashinju.com(
http://www.secondview.gallery.mutiarashinju.com(
Tahniah.
s-afandi ingin mengucapkan tahniah kepada Fahmi & Rehan setelah bergelar suami dan isteri pada majlis akad nikah semalam.Kami juga mendoakan majlis perkahwinan yang diadakan pada hari ini dan minggu hadapan dapat di jalankan dengan sempurna.InsyaAllah..
Zulham & Salina
http://www.secondview.gallery.mutiarashinju.com/halaldaily.html(
http://www.mutiarashinju.com(
http://www.secondview.gallery.mutiarashinju.com(
DS Najib akan bertanding Presiden UMNO PAU 2008?
KUALA LUMPUR 26 Jun - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata, beliau belum membuat sebarang keputusan sama ada akan bertanding jawatan Presiden UMNO pada pemilihan parti Disember ini.
Timbalan Perdana Menteri berkata, belum tiba masa untuk beliau mengumumkan mengenai perkara itu.
"Saya akan buat ketetapan apabila sampai masanya, ada masa lagi," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) di sini malam ini.
Mengikut peraturan UMNO, calon jawatan Presiden perlu mendapat pencalonan sekurang-kurangnya 30 peratus daripada keseluruhan bahagian UMNO di seluruh negara.
Utusan Online
Komen :
DSN akan bertanding Presiden UMNO pada pemilihan PAU tahun ini?
Kenyataan yang diberi kepada wartawan pada kali ini agak berlainan seperti kebiasaan nya,
dimana setiap soalan sebegini akan diakhiri dengan menjawab "saya menyokong presiden UMNO".
Rata2 ahli umno sudah hampir kecewa dengan tindakan DSN yang begitu menyokong Pak Lah.
Ramai ahli2 umno sudah tidak lagi menaruh harapan kepada DSN untuk mencabar presiden pada PAU kali ini.Tetapi, DSN masih belum terlambat untuk mengumumkan bahawa beliau akan bertanding jawatan presiden umno pada tahun ini.Saya beranggapan ramai ahli umno lain akan kembali memberi sokongan
kepada DSN nanti.Ramai yang berpendapat kenyataan yang dikeluarkan oleh DSN sambil diperhatikan oleh Pak Lah menandakan sesuatu yang tidak kena berbanding sebelum ini.Nampaknya gedang perang sudah di palu oleh DSN!!?
http://www.secondview.gallery.mutiarashinju.com/halaldaily.html(
http://www.mutiarashinju.com(
http://www.secondview.gallery.mutiarashinju.com(
Summer picnic
Hai..
nih gambar yang kitorang pergi picnic kat area nagoya port minggu lepas.
sekali sekala makan ramai2 kat luar seronok..
so masa macam nih la kitorang dapat release tension keje and everything.
budak2 nagoya lain pun dapat hilangkan boring diorang asyik mengadap buku,internet,tido etc.
hahaha..release tension selepas abis mid sem test la katakan..
banyak benda yang boleh berborak dan kebanyakan nye berborak hal2 kehidupan rakyat Malaysia yang tinggal kat sini Jepun.
kitorang dah tinggal di jepun dah 8 tahun lebih and pelbagai ragam dan aksi rakyat malaysia terutama
rakyat Malaysia yang tinggal kat Nagoya nih kitorang dah lihat..
ada yang baik untuk dijadikan ikutan dan ada yang buruk untuk dijadikan teladan.
InsyaAllah pengalaman kitorang nanti akan ditulis untuk entry yang akan datang.
Zulham & Salina
http://www.secondview.gallery.mutiarashinju.com/halaldaily.html(
http://www.mutiarashinju.com(
http://www.secondview.gallery.mutiarashinju.com(
Picnic
hmm..hari ahad yang mendung..tapi hari nih kitorang dengan beberapa student kat sini
pergi ber picnic kat area nagoya port..just buat bbq sambil borak2 ..
weekend je yang bleh lepak ngan budak nagoya lain..
hari2 lain sibuk ngan keje je..huhuhu..
ok..gambar belum upload lagi..nih just gambar picnic tahun lepas masa autumn..
have a nice day!
Zulham & Salina
http://www.secondview.gallery.mutiarashinju.com/halaldaily.html(
http://www.mutiarashinju.com(
http://www.secondview.gallery.mutiarashinju.com(
Nagoya Halal Daily-mutiarashinju-second view
Entry kali ni gambar yang kitorang ambil masa sobetsukai bulan 1 harituh..
pelbagai menu dan acara disediakan oleh pihak yang menganjurkan..
Di bawah ini kitorang letak banner halaldaily,mutiarashinju dan second view gallery..
Selain office hour kitorang sibuk menguruskan laman maya jualan kami..harap kepada anda semua juga sudi2 melawat laman maya jualan kami ya..yoroshiku ne.
1. Berkenaan mutiarashinju..kitorang jual aksessori yang di buat daripada mutiara Acoya Jepun.
Selain mutiara Jepun kitorang ada juga jual barangan pingan mangkuk jenama Noritake dan Narumi..
kebanyakan pinggan mangkuk Noritake dan Narumi nih kitorang dah ada pelanggan tetap dari Malaysia..
Pelangan2 ini kebanyakan terlibat dalam business jualan pinggan mangkuk dan pelbagai barangan lain lagi..Kami berharap barangan yang dijual kepada mereka semua dapat membantu menambah keuntungan perniagaan mereka..InsyaAllah..sehingga hari ini..mutiarashinju sudah berusia 4 tahun..
2. Nagoya Halal Daily...baru berusia lebih 1 tahun ..menyediakan barangan halal mentah dah barangan berencahkan Malaysia..pelanggan hampir kesemuanya daripada rakyat malaysia dan Indonesia yang tinggal di Nagoya..Antara barangan yang menjadi pilihan pelanggan kami adalah ayam, daging, kicap kipas udang,sosej, pelbagai mee segera dan pelbagai lagi..Anda boleh melihat list barangan jualan kami secara online hanya dengan klik di banner halaldaily dibawah..
3. Second view galerry adalah tempat tatapan gambar2 yang diambil oleh kami secara online..so kepada anda semua yang berkeinginan untuk menatap gambar2 kehidupan pelajar di Nagoya boleh lah klik banner di bawah..
Zulham & Salina
http://www.secondview.gallery.mutiarashinju.com/halaldaily.html(
http://www.mutiarashinju.com(
http://www.secondview.gallery.mutiarashinju.com(
Inuyama
Gambar pergi Inuyama weekend haritu...
kitorang ada hal sikit kat inuyama..
so kebetulan kitorang dah ada kat inuyama..
sebelum balik kitorang singgah tasik kat inuyama..
gambar ada upload kat bawah nih..
ok..
have a nice day!
Zulham & Salina
http://www.secondview.gallery.mutiarashinju.com/halaldaily.html(
http://www.mutiarashinju.com/(
Business and work
Gambar ni dah ambil lama dah. Nilah kerja kami
kalau selain office hours. Business.
Passion for business. Anything about business.
Thanks for all the support from semua family, kawan and
customers tersayang. Business is about helping each other  :-) .
Occay, ni gambar-gambar kami tengah perah idea. Ada setengah tu posing aje :-D .
http://www.secondview.gallery.mutiarashinju.com/halaldaily.html(
http://www.mutiarashinju.com/(
Salina & Zulham